Thursday, July 30, 2009

Its all about..................

Minggu ni kakak n abg kepada miss awa kawin. Leh rujuk kepada blog beliau. Lately rasa penat and jarang ada masa utk update blog. ( Sebenarnya aku busy main pesbuk ) Bukan ade reader pon. ha ha ha. Pengkritik tetap tuh ada lah. Siapa kah? adakah anda?

Oleh kerana ini adalah blog saya. a.k.a miss abby. Jadi saya berhak tulis apa sahaja yang tidak berkaitan dengan perkara yang boleh sebabkan saya disaman.

Saya sebenarnya mmg tiada topik. Pada masa ini, sedang berpoye bermain pesbuk + ym + jin + blogging. Saya sgt rindu blog saya. Walaupon tidak hebat seperti penulis blog terkemuka. Tapi bahagia seadanya.

Aku rindu. Rindu pada keluarga. Rindu anak-anak ku. Nobuta, nonet, noki. Kalau mahzuz bace confirm mengamuk. Dia yang ke3. Aku rindu jgk sama mahzuz.

Aku main kuiz pesbuk. Bot detect secara automatik dan random list kawan dalam pesbuk. Crush bot aku mahzuz. Sex bot aku mahzuz. Ha ha. Lucah bunyi nye. Aku sengaja je buat. Nak tgk je. Tak sangka dia leh detect mahzuz.Byk2 list kawan aku, bf kesayangan aku gak die detect. Ada chemistry ni. Kesian sorang kawan aku ni. Farhan nama nya. Dia plak yg bot detect sebagai org kedua yang nk buat *** dgn aku. Sex bot. Bodo nye bot. Ada ke patut. Ingat aku ini mat saleh ke suka-suka. Ha ha. Game je pun. Layan jer. Bukan betul pon. Apa-apa pon. Kita melayu. Buat cara melayu. Nak kawin dulu lah beb. Hau hau. Jgn noti okeh.

Jam da kul 1.15 pagi. hm. Belum ada ciri2 nak tido. Tapi perlu tido. Esok mahu drive ke melaka. For miss awa kenduri. Yeha. Plus Mak minah crewz activity. BBQ!!! yeyyy!!!

Bbq n wedding will be updated soon.


Monday, July 27, 2009

Getting Married

Not me okeh. Im not getting married yet. No money No talk. My gud gud gud fren from previous class ( eh apesal speaking lak nih??) yang getting married. Best nya. Dah bergelar isteri. No wonder lah, die pon dah abis belajar. Mmg patut kawin dah pon. Kapel lama-lama mengundang maksiat. Siapa setuju angkat kaki. Aku upload sikit gamba yang snap guna hanfon je. Pastu tangan goyang tak bedung.Menyebabkan gamba tak berapa clear ditambah dgn kamera henfon yang x berkualiti. (2 mp jer) Hah hah. Lantak lah. Tgk je lah k.

Thursday, July 23, 2009

New Pet

Susah betul nak jadi kaya. Senang betul nak abiskan duit. Kenapa aku cakap begini. Sebab aku dah miskin. New Stuff aku. Seekor Kerbau berwarna itam. Berharga RM229. Dibeli atas tujuan kepentingan sendiri. Demikian la beliau gamba new pet yang baru dibeli.



yang berwarna hitam. bukan berwarna putih ade gamba bunga2 ( sebenarnya gamba butterfly). Nama binatang ini. Buffalo MiniStation Turb0 320GB. Benci tau. Abiskan duit aku je. Next stuff aku igt nak beli Grafik Kad. Aku akan jadi miskin. Benci tau!

Friday, July 17, 2009

Mari membebel

Sabtu. Hari untuk bangun lambat. Tetapi mengapa aku bangun awal ni. Tak mencabar betul diriku ini. Aku ada rambut baru. Baru buat semalam. Malu tau nk tunjuk. Perut lapa. Teringat pada maggi kari letup. Tapi nak masak air kene pegi menumpang kat bilik awa. Adakah mereka sudah bangun?? 11:05. Dah bangun kot. Ad mesti tgh tgk satu pokok bukit. ( 1 tree hill ). Aida masih tido. Dia pon ngigau mlm tadi. Hari tu aku ngigau ari ni dia plak.

Entri kali ni tiada tajuk spesifik. Hanya kerana aku tatau nak buat apa. Abstrak boleh dikatakan siap. Walaupon hanya 1 muka sahaja. Amin smlm ckp 200 patah kata je. 1 page pon boleh. Kene marah salahkan amin. Heeeee....

Tajuk tesis setel rasanya. Ada link ngan ad dan lin dari segi alat yang digunakan. Penghasilan model 3-D plak ada link ngan amin. Boleh la saling bantu membantu. Yee!! sayang korang. wiwit!

Semalam. someone is crying calling me. Sian plak aku. Tapi x dpt tolong. GF nye nak tinggalkan dia. Tapi apa aku bleh buat. Sebak jugak dengar laki nangis. Sayang sgt dia pada gf dia. Tapi apa boleh buat. Orang dah xnak. Mana boleh paksa. Melainkan....... Mandrem!! hehe.

Hoi! dah la tu. aku lapa ni.Prot nyanyi lagu dandut + koroncong ni. Tak berfikir dengan waras ni.

Notes: tak mandi lagi dah on laptop. Bukak game jin dulu.Pastu tulis blog. hehe

Wednesday, July 15, 2009

LC katering Nasi Ayam Penyek

ehem ehem. Hari ini makan nasik ayam penyek beb. Sedap. Bukan kali pertama ok. Ni dah kali kedua dalam masa 2 minggu. Yer! kedai nya masih baru. Terletak di giant Taman U. Meh kawan-kawan rasa menu yang aku rasa dtg dari indon. ( pecel lele )

Nama kedai tu dah tulis di tajuk utama. Tujuan cerita pasal kedai ni pasal makanan dia sedap. Minggu lepas datang dpt air manis tp lepas ad kritik pada tisu, minggu ni punya air mcm elok sikit. Air aku sedap cuma air aida masih ada isu isu manis yang melampau.

Makanan dia marvellous. Sangat best. Waw!! nyam nyam. di bawah ni gambar kedai tersebut. Buat sesiapa yang tingin nak merasa.

menu yang aku order ialah nasi ayam penyek. Menu ni buat aku teringat pada menu yang aku n family awa makan masa kat bandung indonesia. Sebijik macam menu ni. Perbezaan pada sup dimana sup di indon tu mcm sup kuah asam. pelik sikit. Ada letak jagung pulak tuh. Awa la yang paling 'suka' jagung tu. sampai dia bg kt aku.wakaka.


x nampak yer manu ayam tu. sabar-sabar. aku upload close up menu ini. jgn jd lapar dah ler. sedap nih.

tada!! sedap nih. ayam goreng dia lembut. besar plak tuh utk kaum kaum kelahap. sambal belacan sedap. Hanya ad yang tak menikmati kelazatan sambal. koh koh. sedap wo. Air plak aku order teh o ais longan. Kali ni air aku order x manis mcm minggu lepas. sedap secukup rasa. marvelous. jgn jeles aida air aku x manis. auw auw.

sekian sahaja cerita makanan. dah mcm blog jalan-jalan cari makan plak. yehuuu

Tuesday, July 14, 2009

Senibong

Ehem-ehem. nak cerita pasal kg senibong ni. Oh bukan kg, tetapi restoren senibong. Somewhere in JB. Agak jauh jgk dari UTM. masa pegi almost 1 hour. Balik kurang 30 minit. Mcm mana tuh? Sebab waktu pegi jem.

Ehem. Makan kat senibong. Mmg best beb. Dapat makan seafood. Ikan siakap, ketam, sotong, udang. Mcm-mcm ada. Tapi ada jgk yang tak best nye. Bila slh pilih kedai. Seblom ni always bernasib baik. Dapat kedai yang sedap dan berpatutan. Tapi tadi. sob sob. Dapat kedai x best.

Ikan siakap over cooked. Agak kekerasan gitu. Kuah masam. Tau lah ikan tiga rasa. Tapi asal rasa masam lebih-lebih. Ketam die mahal. pedas. Susah nak makan. Luka mulut i tau. Pahtu ketam ada yang x masak sgt. Kerang bakar tak masak. Tak berusik sgt ok. Sayur ok. sotong tepung ok. Tomyam mcm aram. I pakar tomyam ok.Bukan pakar tomyam, tp pakar kritik tomyam. Pasal tu fevret i ok. Tomyam die sgt tidak sedap. Dan rasa harga nya agak-agak mahal gitu. 1kg=3 ketam=rm50

is it worth??

oleh kerana kamera kurang berkualiti. Pencahayaan kurang.ini hasil nya menu kami.
lihat itu. Kerang tak habis ok.bazir aja. ikan licin pasal mahal. sotong ok sebab tu habis.

gambar di bawah pula menunjukkan tagline kedai tersebut. hanya kedai itu ada lampu seperti ini. sila jgn pergi ke kedai tersebut ye. so yucks.

notes: jika pemilik atau sedara pemilik kedai makan ini baca entri ini, sila lah cari tukang masak yang berkaliber sikit. huh





Sunday, July 12, 2009

Burfday Girl

sila pokuz kepada gamba dibawah
silap
sila pokuz kepada sandle yang dipakai aje
hehe
hadiah aku kepada anak buah ku raihan
ada dlm post lepas
dia pakai muat2 aje
saiz 2
auw auw
takot gk x muat or terlalu besar
x pandai baget



selingan aje.saje snap gambar si comel.

Wednesday, July 8, 2009

Raihan bday

10.7.09
besday raihan
anak buah kesayangan aku
dah ada adiah
x sabar nak tgk dia pakai



comel x? hehe
saiz 2 ni
yang kat nike xdek saiz kecik
warna biru je ada
x cumel la for gegurl
auw auww
x sabar nak balik bg adiah
Raihan!!!!
aunt balik jumaat nih!!!

Tuesday, July 7, 2009

Dear Friend

To all SGU
yg buat loan PTPTN
duit da dpt
:D

Monday, July 6, 2009

Aku yg sekarang........

kini
aku yang sekarang
dengan bangga nya berada di UTM skudai
aku tipu.berada di UTM benar. Bangga itu tipu.

aku main game sambil tulis2 blog.
ini benar.


aku sudah mempunyai idea utk tesis yang sgt2 memeningkan ini
hanya ada idea
Belum lg di aprove oleh supervisor
menci!menci! aku menci tesis. Tesis, kita clash aje.

aku sedang sakit perot kerana membrekfast kan diri dgn laksa
sgt bodoh.jgn contohi ye.

aku sgt rindukan mahzuz.
ye.............. sangat!!!

aku ingin pulang jumaat ini. Kerana harijadi anak buahku.raihan. Yang pertama oke. I dont want to miss it.
waaaaaaaaaaaaaaaaa.. rase mcm x dpt balik aje. kelas smpai ptg. party kul 8. x sempat sampai. menci!menci! xnok kawan ngan kelas. Clash!!!

aku sedang ber ym. dgn kawan baru ku kenal di game. auwwww
sambil-sambil main sms dgn mahzuz.

aku makin mengembang. aku perlu diet. yer yer. sangat perlu.
hangat2 taik ayam ni. x mungkin aku akan diet. makan is makan. hahahahha....

aku

aku

sudah tiada idea.

notes: entah ape2 entri ku ini. aku penat.kaki ku lenguh. waaaaa... mlm td tido katil aku kene goncang. xnk kawan katil.waaaa...waaaa......




Friday, July 3, 2009

Comel Break down

Sian comel. Tau ke sape comel? Sape lagi. WMC5882. Berwarna itam kelabu taik anjeng. Patut balik JB ari ni. But comel rosak. Actually da 2 minggu ni, comel ssh nak start. So, target new batery aje lah kan. Semalam abah beli bateri baru. Bateri kering ok. Pasang n start. Everything fine. Sedap je nk start enjin. Ala-ala pick up gitu. Start enjin and biar enjin tu di cas dulu.

Then, Plungggg!!!! Ktungggg!!!

Uik. Ape tuh. Comel meragam. Tidak! Tidak! ( Risau sebab da siap2 nak g tgk ica age , Bukan risau x dpt balik JB. wakakak!! )

Colen bocor.Meleleh. Air warne purple. Oh tidak. Ada kebocoran berlaku. Nee noo Nee noo...

Ni kejadian smlm. Kul 6.30pm. Aku nk g tgk ica age kul 7.30pm. Hari ini bwk g bengkel. Small matter je rupanya. Disebabkan pasang bateri baru, seseorang telah terjatuhkan skru bateri yang nk attach kt enjin tu ke dalam radiator. Dan dan dan skru bertemu kipas radiator ketika die berpusing-pusing hebat sehingga menyebabkan skru tersampak dan mengeluarkan bunyi seperti letupan sehingga menyebabkan radiator comel terbocor dengan sengaja nya. Dan dgn itu colen mengalir keluar sehingga kering.

Auw Auw. Simple kan. Tapi melayang wet aku nak tukar radiator baru. Huwaaaa!! abah ganti ari isnin. Cek x clear lg. Cet. Podacet!

Notes: Comel rosak sebab dia xnk balik UTM. Sayang comel.

Thursday, July 2, 2009

Hadiah bulanan

Tiap hujung bulan mesti dpt brg dr zuz
Dan ni adiah pada bulan ni
yeyyy!!!
kasut jenama crocodile
Bukan pig skin okey
Sengaja pilih pink so that adik n mama xkan pnjam

Hadiah ni lebih kurang mcm hadiah sempena nk halau aku balik JB kot
Huwaaaaaaa!!!

xnak balik JB
x rindu lgsung kt UTM
:(

notes: x kemas brg lg nak balik UTM. tolong hapuskan UTM boleh x? kekekeke...

Wednesday, July 1, 2009

UTM! im back

Bunyi mcm seronok je nak balik UTM. padehal malas gile ni. Dah ler dapat k12. Nak g kafe kene lalu 'jambatan sudah roboh' ( sambil bernyanyi-nyanyi ). Ah!! pedulik hape aku. g kafe nek kete lah. Siang leh lalu jambatan. Malam tanok. De momok.

Cakap sal momok. Semalam bdk UTM mati. Paper metro. Fuhh!! menakutkan. Mati dalam bilik sebab beranak. Maybe anak haram. Yela! Fakta belum kahwin lg. Nak mati g la mati tempat lain. Wat org takot nak balik UTM ni. Biasanya, orang mati beranak leh jadi pontianak kan? Mak!!! takot. Menci2, Nak final year ade plak kes kes sebegini. Wat aku down gile nk balik UTM ni.

Aku harap final ni aku kental skit lah. Biasalah budak pemalas mcm aku ni. Asek nak berpoye2 aje. Study nye last minit. Result aku pon cukup makan je. X gempak lol. adess. Abby!!! cayok2!! Last year jer. Pastu da xyah balik UTM da. Yeyyyy!!!!

Notes: Bukan tak suka pada UTM, tapi malas nk belajor da. wakakak~~