KL banjir? Ohhhmennnnn. Sape tak cuak kan?
Gua tadi petang pegi jusco wangsa maju. Ada j-kad day. Kemain lagi tuang keja kan? Sekali masa nak balik gua keluar dari jusco mak aih air dah tinggi separuh tayar. Bederau darah gua. Dah lah kancil gua gila lowered. Memang tak konfiden langsung nak redah.
Tapi nak tak nak gua redah je lah kan. Tak kan nak duduk tengah jalan gila kauuuuu. Gua teringat tips lama dekat entri ni.
- Pakai gear rendah - checked
- Jangan tukar gear - checked
- Jangan brek - checked
- Redah je banjir jangan slow slow - checked
Gua pon gagah gila lah redah banjir. Mula mula banjir tahap paras buku lali je. Tiba tiba lalu kat banjir dalam sikit. Haaaaa cuakkk kauuuu.
Pastu semua lampu isyarat gua langgar. Tak nak berenti punya pasal. KAHKAHKAH.
Last sekali gua lalu dekat jelatek. Sekali amik kau air longkang besar melimpah. Haaaaa dah ter lalu cemane ni acik takot gila okeh. Gua pon tekan minyak kuat kuat. Udah lah pakai gear 2 kan mengaum kancil gua. Pastu tiba tiba rasa macam kete berat semacam sebab arus kuat gila. Gua rasa kancil gua dah tenggelam. Konfem tayar dah tak nampak dah tu. Pastu memang takde kete pon lalu sana. Gua yang bawak kancil ni plak berani lalu kan? Gila hero kau. Tapi serius arus kuat gila gua boleh rasa stering berat gila. Memang gua tekad je lah nak redah tu ha.
Tapi alhamdulilah. Enjin tak mati. Gua tekan minyak sampai tempat cetek. Siyes cuakkkkkk mak!
Gua nak snap gambar pon tak sempat. Gila kau tu pon pasrah gila redah takut enjin sedut air. Sempat plak gua nak seluk henbeg amik henfon bagai kan? Oleh itu gua tibai je lah gambar kat gugel.
KL banjir lagi weh. Siyes gua takut. Apa nak jadi ni? aiyo ama apa.


5 orang gilak:
KL sepatotnya tiru kelantan...
buat pesta banjir..!
hahaha setuju ngan gedek!
kl banjir... tganu kelate panas plak di bulan disember... musykil musykill
tak perlah leh join kelantan, terengganu n pahanng...hehe
gilakkk lu!!
buatnya tersadai tenggelam separa dan keluor kat paper!!
malu wehhhhh
Post a Comment